top of page

Tentang Kami

Logo Rasmi Kufi/Khat TeamTazkirah
Logo Rasmi El Tazkiyah

TeamTazkirah

Ditubuhkan pada 24 Aug 2013 ditubuhkan oleh Mustaqim Ahmad (atau pun Serban Putih). Kini TeamTazkirah Alhamdulillah mencetus 900+ Ahli secara total di dalam group usrah wechat dan mempunyai 8 Group total dari Ikhwan dan Akhwat. Group ini telah diuruskan oleh beberapa orang staff. Juga TeamTazkirah kini bermula untuk gunakan media sosial seperti Instagram, Twitter, Telegram dan lain-lain lagi. Selain aktivity dalam social media, TeamTazkirah juga mengadakan program dan event outdoor.

 

Pada tahun 2015, TeamTazkirah telah berdaftar sebagai SSM dengan nama barunya iatu El Tazkiyah. 

 

MISI KAMI

"Menyatukan Daie Muda"

 

Group kami mempercayai bahawa dengan adakan group seperti ini akan dapat menarik perhatian dan minat para

pemuda pemuda. Kerana dengan pemuda yang mula berjinak dengan agama akan inshaAllah membina umat yang bertaqwa pada masa depan. Kami juga ingin membina sebuah komuniti yang berukhwah, saling tarbiyah dan menasihati dan yang penting untuk berkongsi ilmu agama. 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

NAMA

Diberikan nama "Tazkirah" iatu bermaksud "Peringatan". Ini kerana tujuannya adalah untuk saling menasihati dan memperingatkan. Sesuai dengan Firman Allah.

 

"Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman."

(Surah Ad Dhariyat: 55)

 

 

 

 

AKTIVITI

 

1. GROUP USRAH WECHAT

Group ini khas buat mereka yang gemar untuk mendengar usrah. Teamtazkirah telah kongsi hampir 100 tajuk yang diisikan dengan ilm dan hikmah. Group ini tekankan dalam berukhwah (berkenalan) dengan ahli lain dan menggalakkan suasana yang santai. Usrah disampaikan setiap hujung minggu di Usrah Hall. 

 

2. TELEGRAM CHANNEL

Berbeza dengan Usrah di WeChat, perkongsian di telegram adalah untuk dibaca sahaja dan tidak ada perbincangan. Tazkirah ringkas dan tajuk-tajuk seperti Bab Solat juga dikongsi di dalamnya. 

 

3. USRAH OUTDOOR DAN EVENT

Setiap bulan Teamtazkirah adakan Usrah Bulanan di KL untuk ahli berjumpa dan berusrah. Ada juga event yang menarik sesuai dengan misi kami yang dianjurkan. 

bottom of page